Inisiatif kakitangan Unimap sediakan juadah berbuka - Utusan Malaysia

Inisiatif kakitangan Unimap sediakan juadah berbuka

PELAJAR Unimap berbuka puasa secara percuma sepanjang Ramadan hasil daripada inisiatif kakitangan universiti yang mengumpul sumbangan sesama mereka dan bergotong-royong menyediakan juadah berbuka di Kampus Alam Unimap, Arau, Perlis. – MINGGUAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAKITANGAN Universiti Malaysia Perlis (Unimap) mengambil inisiatif terpuji mengumpul duit sesama mereka bagi menyediakan juadah berbuka puasa kepada kira-kira 19,500 pelajar universiti tersebut sepanjang bulan Ramadan.

Sumbangan daripada seluruh kakitangan terbabit berjumlah RM30,000 berjaya dikumpul selain dana daripada syarikat luar sebanyak RM25,000 bagi membeli keperluan bahan memasak untuk manfaat pelajar terbabit yang tidak perlu lagi mengeluarkan perbelanjaan berbuka sepanjang bulan penuh keberkatan itu.

Lebih menarik, kira-kira 600 kakitangan serta 150 sukarelawan terdiri daripada pelajar universiti itu bergilir-gilir bergotong-royong menyediakan juadah berbuka.

Majlis berbuka puasa yang dikelolakan Pusat Islam dan Pembangunan Insan (Pimpin) Unimap dengan kerjasama Pusat Tanggungjawab (PTj) universiti diadakan setiap hari sepanjang Ramadan kecuali pada hari minggu.

Naib Canselor Unimap, Prof. Dr. Zaliman Sauli berkata, inisiatif berkenaan dilaksanakan bagi meringankan perbelanjaan golongan pelajar dengan menggunakan sumbangan dalaman kakitangan Unimap dan lapan syarikat swasta. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN