Hujan lebat diramal seluruh negara hingga Ahad

Hujan lebat diramal seluruh negara hingga Ahad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir di seluruh negara mulai hari ini sehingga Ahad. 

Menurut Met Malaysia, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di kawasan perairan Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor Timur, Pahang, Terengganu, Sarawak dan Sabah Timur sehingga pukul 1 petang  hari ini. 

“Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam (kmsj) dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot kecil,” katanya dalam kenyataan. 

Bagi cuaca hari ini, ribut petir diramalkan berlaku di satu dua tempat di Perlis, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor pada sebelah petang. 

Selain itu, di Sabah, ribut petir dijangka berlaku di satu dua tempat di pedalaman, Pantai Barat dan Kudat, hujan di satu dua tempat di Tawau dan Sandakan, manakala tiada hujan diramal di Labuan. 

Di Sarawak, Ribut petir dijangka berlaku di satu dua tempat di Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Bintulu, manakala tiada hujan diramal di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Kapit, Miri dan Limbang. 

Pada sebelah malam, ribut petir dijangka berlaku di satu dua tempat di Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Pahang serta hujan di satu dua tempat di Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor, manakala tiada hujan diramal berlaku di Perlis. 

Di Sabah, ribut petir dijangka berlaku di satu dua tempat di Pedalaman dan Labuan, hujan di satu dua tempat di Pantai Barat, manakala tiada hujan diramal di Tawau, Sandakan dan Kudat. 

Di Sarawak, hujan dijangka berlaku di satu dua tempat di Kapit, Miri dan Limbang, manakala tiada hujan diramal di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Bintulu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya