Hospital Medan bakal dibina di HUS, bantu atasi kesesakan pesakit

Hospital Medan bakal dibina di HUS, bantu atasi kesesakan pesakit

LUKANISMAN Awang Sauni (tengah) diberikan taklimat oleh Ketua Jabatan Perubatan HUS di Wad Kecemasan HUS, Kuching petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Kementerian Kesihatan terus giat memantau permasalahan fasiliti kesihatan di Sarawak terutamanya di Hospital Umum Sarawak (HUS) yang menjadi hospital serantau negeri ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni berkata antara penyelesaian yang akan dilakukan bagi mengatasi masalah kesesakan di hospital berkenaan adalah dengan membina hospital medan yang boleh nemapung 86 buah katil pesakit.

“Satu sesi libat urus telah dijalankan bersama pihak pengurusan HUS, antara yang dibincangkan dengan lebih terperinci ialah permasalahan yang dihdadapi HUS seperti kesesakan di hospital ini.

“Antara pendekatan yang kita ambil buat masa ini ialah pembinaan hospital medan, yang boleh menampung 86 katil dan proses tender akan dijalankan. Ini antara penyelesaian jangka pendek untuk menyediakan satu ruang tambahan serta katil tambahan, dan usaha seperti ini telah kita berjaya membina di Hospital Miri, dan Sibu,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke Hospital Umum Sarawak (HUS) petang tadi.

Beberapa isu lain seperti perkhidmatan di HUS berkenaan tentang kecemasan, hospital dan juga usaha menyelesaikan masalah fasiliti buat kakitangan di hospital ini turut dibincangkan, dedahnya.

“Kita perlu faham HUS merupakan salah satu hospital serantau di Sarawak dan juga dengan kapisiti bandaraya Kuching yang sangat memerlukan satu perkhidmatan yang baik.

“Justeru itu, KKM sedaya mungkin berusaha untuk mempercepatkan perkembangan fasiliti kesihatan kerajaan contohnya pembinaan hospital baharu iaitu Hospital Petra Jaya dan juga beberapa buah klinik yang dijangka akan siap dan mula beroperasi dalam tempoh yang terdekat,” jelas beliau.

Tambah Lukanisman lagi, beliau akan terus berusaha untuk membawa isu peruntukan bagi membangunkan fasiliti kesihatan di Sarawak yang masih memerlukan perhatian yang serius.

“Saya akan membawa cadangan dan idea yang telah disebutkan tentang permasalahan besar berkenaan operasi di Sarawak bukan hanya terhad kepada operasi di atas jalan, tetapi kita masih memerlukan peruntukan yang besar untuk mengerakkan pakar perubatan ke luar bandar.

“Sebagai contoh, kita mempunyai pegawai pakar di HUS, tetapi perkhidmatan pakar ini kita perlu sediakan ke Sibu, Miri, Bintulu Limbang dan Lawas. Oleh itu, pegawai-pegawai ini kadang kalanya perlu di hantar bagi menjalankan pemeriksaan terhadap pesakit di luar bandar, justeru itu kita (Sarawak) masih memerlukan peruntukan operasi dan ia berlainan sedikit dengan apa yang berlaku di Semenanjung Malaysia iaitu kepakaran tersebut agak mudah didapati,” tegas beliau.

Selain isu-isu yang memerlukan pembinaan infrastruktur fizikal yang sangat ketara diperlukan oleh HUS, turut dibincangkan berkenaan isu kekurangan staf serta kebajikan kakitangan perubatan di HUS.-utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya