Hari kelepasan am tambahan Jumaat atau Isnin depan

Hari kelepasan am tambahan Jumaat atau Isnin depan

ANWAR Ibrahim selepas menyampaikan perutusan khas sempena Aidilfitri di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerjaan bersetuju memberi satu hari kelepasan am tambahan bagi memudahkan rakyat untuk membuat perancangan sewajarnya untuk sambutan Aidilfitri dan pulang ke kampung halaman.

Mengumumkan perkara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sekiranya tarikh 1 Syawal 1444H jatuh pada Jumaat, 21 April 2023, maka kerajaan menetapkan hari Isnin, 24 April 2023 sebagai hari kelepasan am tambahan itu.

Walau bagaimanapun, kata beliau, sekiranya tarikh 1 Syawal jatuh pada Sabtu, 22 April, maka hari kelepasan am tambahan adalah pada Jumaat, 21 April.

Beliau menjelaskan, keputusan itu berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan 1951 bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Memandangkan pengumuman rasmi berhubung tarikh 1 Syawal 1444H untuk sambutan Aidilfitri akan dibuat pada Khamis, 20 April ini oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, kerajaan bersetuju memberi satu hari kelepasan am tambahan.

“Bagi Sabah dan Sarawak, Kerajaan Negeri bolehlah mengisyitiharkan hari kelepasan am pada tarikh tersebut mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing,” katanya dalam sidang akhbar perutusan khas sempena perayaan Aidilfitri, di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya