Hampir 80,000 premis dua daerah di Perak terputus bekalan air - Utusan Malaysia

Hampir 80,000 premis dua daerah di Perak terputus bekalan air

ORANG ramai beratur bagi mendapatkan bekalan air dari lori tangki di Seri Manjung di Lumut. - UTUSAN/MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Sebanyak 79,360 akaun bekalan air di daerah Manjung dan Perak Tengah mengalami gangguan bekalan air sejak tengah hari semalam selepas paip bagi menyalurkan air tersebut terputus.

Ia melibatkan keseluruhan kawasan Pulau Pangkor, Lumut, Seri Manjung, Sitiawan, Ayer Tawar, Lekir dan Kayan di daerah Manjung serta Seberang Perak, Changkat Lada, Kampung Gajah, Bukit Chawi, Simpang Ranggam dan Hujung Rintis di daerah Perak Tengah.

Menurut kenyataan Lembaga Air Perak (LAP) hari ini, Loji Rawatan Air di Teluk Kepayang, Bota,vdi daerah Perak Tengah telah menghentikan penyaluran air sejak 12.40 tengah hari semalam dan dijangka hanya akan pulih pada Isnin ini secara berperingkat.

“Ia berpunca daripada pergerakan tanah sehingga mengalihkan kedudukan paip air mentah bersaiz 1,200 milimiter (mm) diameter di dalam tanah menyebabkan paip tersebut putus dan air mentah tidak dapat disalurkan ke loji rawatan air,” jelas kenyataan itu.

Menurutnya, kerja pembaikan sedang giat dilaksanakan bagi membolehkan loji untuk beroperasi pada kadar 30 peratus dan dijangka siap pada Isnin ini dan bekalan air dijangka pulih secara berperingkat.

Sehubungan itu, LAP akan menggerakkan lori tangki air ke kawasan terlibat bagi agihan bekalan air bersih. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya