Gara-gara tiada MyKid, kanak-kanak tidak ke sekolah

Gara-gara tiada MyKid, kanak-kanak tidak ke sekolah

MAZLAN Mahat (tengah) dan isterinya, Novi Astuti Nasution bersama anak mereka, Khalis Nabhan Althaer (kanan) yang tiada MyKid di Felda Kota Gelanggi Dua di Jerantut, Pahang. – FOTO/HARIS FADILAH AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Seorang kanak-kanak, Khalis Nabhan Althaer, 8 tahun, masih tidak dapat bersekolah seperti kanak-kanak lain berikutan ketiadaan kad pengenalan MyKid.

Anak pasangan Mazlan Mahat, 42, dan Novi Astuti Nasution, 44, yang tinggal di Felda Kota Gelanggi Dua di sini begitu berharap diterima belajar di sekolah berdekatan untuk jaminan kehidupan pada masa akan datang.

Menurutnya, kesukaran memperoleh MyKid berikutan dokumen surat pernikahan per­kahwinannya di Selatan Thai­land pada 2013 tidak diperakui pihak berwajib.

“Saya dan isteri bernikah di sana (Selatan Thailand) diuruskan seorang pengantara di Narathiwat dan selesai menikah kami cuma diberikan seke­ping surat pengesahan untuk dibawa balik ke Malaysia.

“Apabila anak yang dilahirkan di Hospital Selayang hendak didaftarkan bagi mendapatkan surat kelahiran atau MyKid, ia tidak diterima oleh pejabat JPN berikutan doku­men nikah tidak lengkap dan diminta dirujuk kepada Pejabat Agama Islam di Selangor di tempat saya bekerja,” katanya ketika ditemui di Felda Kota Gelanggi Dua di sini semalam.

Menurut Mazlan, masalah yang dihadapinya semakin rumit apabila salah sebuah Pejabat Agama Islam di Sela­ngor tidak memperakui surat nikah di Thailand kerana tidak lengkap seperti diperlukan me­ngikut peraturan negeri tersebut.

Katanya, atas nasihat rakannya, dia menggunakan perkhidmatan sebuah syarikat guaman untuk menyelesaikan kes tersebut bagi membolehkan anaknya segera memperoleh MyKid.

“Tetapi malangnya, sehing­ga kini urusan berkenaan masih tidak ada kesudahan sedangkan saya sudah membelanjakan hampir RM10,000 untuk urusan guaman termasuk bantuan orang tengah bagi tujuan tersebut,” katanya.

Mazlan yang sebelum ini bekerja sebagai penghantar makanan di Gombak, Selangor kini kembali ke Felda tersebut menumpang tinggal dengan ibu bapanya cuma bekerja mengambil upah di ladang sawit berkata, dia menangguhkan dulu usaha mendapatkan perkhidmatan guaman berkenaan kerana ketiadaan wang.

Katanya, fikirannya buntu untuk menyelesaikan masalah tersebut sambil berharap kerajaan dapat membantu memperoleh dokumen pernikahan supaya anak saya memperoleh MyKid dan dapat masuk ke sekolah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN