Diana Danielle tolak tawaran Farid Kamil, tetap mahu cerai

Diana Danielle tolak tawaran Farid Kamil, tetap mahu cerai

DIANA DANIELLE dan FARID KAMIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Meskipun menerima pelbagai tawaran kebendaan bernilai lebih RM300,000, pelakon, Diana Danielle tetap dengan keputusan untuk mendesak suami, Farid Kamil menceraikannya.

Perkara itu disampaikan peguam syarie mewakili Diana, Datuk Akberdin Abdul Kader dalam kenyataan yang dikongsikan menerusi pesanan WhatsApp.

Kata Akberdin, Diana bertegas tidak lagi dapat hidup bersama Farid sebagai pasangan suami isteri dan mohon dilepaskan cara baik.

“Diana menganggap perkahwinannya tidak boleh lagi diselamatkan. Mereka tidak boleh hidup bersama, hanya boleh kekal sebagai kawan,” katanya.

KERATAN laporan Utusan Malaysia semalam.

Farid, yang hadir pada prosiding Sulh di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor 11 April lalu mengemukakan beberapa tawaran untuk memujuk Diana agar menarik semula permohonan cerai yang difailkannya pada Mac lepas.

Farid antara lain menawarkan kereta Toyota Vellfire bernilai RM225,000, barangan kemas (RM10,700) dan wang pendahuluan nafkah untuk Mac hingga Jun (RM40,000).

Farid juga berjanji membayar smeula kos perbelanjaan umrah yang ditanggung Diana berjumlah RM44,000.

Dalam masa yang sama, Akberdin menyifatkan tentang tindakan Farid yang secara terbuka berkongsi tawaran-tawaran secara umum sebagai satu tindakan yang tidak wajar.

“Tak eloklah, bagi duit semua. Dia (Diana) bukan orang macam itu. Memang tindakan Farid yang mendedahkan perkara kepada umum amat mengejutkan. Macam materialistik,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN