Dadah bernilai RM4.5j disimpan lelaki di kondominium dirampas

Dadah bernilai RM4.5 juta disimpan lelaki di kondominium dirampas

YAHAYA Othman (tengah) menunjukkan dadah bernilai RM4.5 juta yang dirampas pada sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tindakan seorang lelaki menjadikan sebuah kondominium di Ampang, Selangor sebagai stor penyimpanan dadah dan mengedar dadah dengan menggunakan kereta mewah terbongkar selepas suspek itu ditahan pada Jumaat lalu.

Penahanan suspek berusia 29 tahun itu, turut menemukan pelbagai jenis dadah bernilai RM4.5 juta.

Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman berkata, lelaki itu di kawasan parkir sebuah pasar raya di Cheras dalam operasi khas yang telah dilancarkan.

“Kita telah merampas dadah syabu seberat 114 kilogram dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire,” katanya pada sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Yahaya berkata, hasil soal siasat, sepasukan anggota polis dan pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK Kuala Lumpur telah merampas dadah jenis ekstasi, eremin 5, ketamin dan syabu dalam serbuan di sebuah kondominium.

“Modus operandi suspek adalah menjadikan kondominium dan kereta mewah sebagai stor simpanan dadah, sebelum diedarkan untuk pasaran tempatan,” katanya.

Beliau berkata, suspek tidak ada pekerjaan tetap dan menjadikan kegiatan pengedaran dadah sebagai punca pendapatan utama sejak dua bulan lalu.

“Hasil ujian saringan awal, polis mendapati suspek negatif dan suspek juga tidak mempunyai rekod jenayah,” jelasnya.

Yahaya berkata, suspek telah ditahan reman tujuh hari sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.

“Kita berharap orang ramai dapat menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti yang menyalahi undang-undang kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya