Cuma tunggu tarikh seterusnya - Sam Bunkface enggan ulas isu pindaan nafkah anak - Utusan Malaysia

Cuma tunggu tarikh seterusnya – Sam Bunkface enggan ulas isu pindaan nafkah anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: “Insya-Allah, semua berjalan lancar”

Itu reaksi yang diberikan vokalis kumpulan Bunkface, Shamsul Annuar Muhammad Baharom usai sesi pendengaran kes pindaan pemberian nafkah anak yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Petaling di sini, tengahari tadi.

Sam tidak dapat mengulas lanjut berkenaan prosiding tersebut, hanya memaklumkan sesi berkenaan akan dilanjutkan pada 15 Mei depan.

“Kenyataan yang saya berikan (di Instagram) tempoh hari merangkumi kesemuanya.

“Proses kes pindaan pemberian (nafkah) telah berlangsung, Insya-Allah semuanya berjalan lancar.

“Sekarang cuma tunggu tarikh yang seterusnya. Segala maklumat saya kongsikan dalam kenyataan yang saya berikan (di Instagram),” ujarnya.

Sam hadir ke prosiding tersebut ditemani isteri, Puteri Eifa Ezrin Mohd Kushairi.

Turut hadir adalah bekas isterinya, Aida Azira Hussin.

Sam dan Aida bercerai sejak Januari 2019. Perkahwinan mereka hanya bertahan selama empat tahun. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Maleeq.

Pada Mac 2021 Sam telah memfailkan pindaan persetujuan pemberian nafkah anak
yang sebelum ini diputuskan sebanyak RM1,000 sebulan (Julai hingga Disember 2020) dan RM1300 sebulan.

Permohonan itu bagaimanapun tidak dipersetujui Aida yang meminta bekas suaminya itu mengemukakan bukti jelas tentang ketiadaan pendapatan atau tawaran persembahan yang dihadapi Sam sehingga mendorong dia memfailkan pindaan terbabit.

Menerusi penerangan panjang lebar yang dibuat dalam sebuah video yang dimuat naik di Instagramnya dua hari lepas, Sam telah menjelaskan pindaan tersebut dibuat antara lain kerana pendapatannya yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selain tanggungjawab yang semakin bertambah.

Dalam video tersebut, Sam juga turut menepis dakwaan Aida yang menuduh dia culas dalam soal pemberian nafkah anak dan mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa.

“Saya tetap laksana tanggungjawab sebagai ayah, jaga Maleeq setiap dua minggu sebulan tanpa gagal. Kos saya jaga Maleeq adalah RM250 untuk dua minggu. Kenapa dia kena minta RM1,300.

“Saya tak pernah tunjuk kesusahan saya di media sosial. Kenapa kena bergantung media sosial untuk tetapkan sama ada mampu atau tidak (bayar nafkah).

“Saya sudah kemuka bukti di mahkamah tentang ketidak mampuan saya untuk membayar jumlah pemberian nafkah yang tinggi. Aida sedia maklum tentang perkara ini. Nak bukti apa lagi,” ujarnya.

Dalam pada itu, Sam hanya mengunci mulut apabila ditanya tentang keadaan terkini Maleeq.

Selain itu, usaha untuk mendapatkan penjelasan Aida berhubung prosiding berkenaan berakhir gagal. Bagaimanapun Utusan Malaysia dimaklumkan Aida bakal mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan perkara itu dalam masa terdekat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya