Beli baju Melayu, berpeluang menang motosikal, gelang emas

Beli baju Melayu, berpeluang menang motosikal, gelang emas

MOHD. Faizal Maklip bersama motosikal Modenas Kriss 110 (MR3) serta pelbagai barangan elektrik yang ditawarkan kepada pengunjung bertuah di Bazar Aidilfitri Mega Klebang, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 16 April: Berbaki beberapa hari sebelum umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri, seorang peniaga sanggup menawarkan sebuah motosikal Modenas Kriss 110 (MR3) bernilai hampir RM4,000 bagi menarik pengunjung membeli pakaian baju Melayu yang dijualnya.

Tidak hanya motosikal, turut ditawarkan seutas gelang emas, wang tunai serta pelbagai barangan elektrik seperti kipas, pengisar, dapur gas, sterika, pembancuh kopi dan sebagainya.

Pemiliknya, Mohd. Faizal Maklip, 33, berkata, keseluruhan hadiah bernilai RM20,000 itu khusus buat pengunjung yang membeli pakaian baju Melayu berjenama The Soultan & Permaisuri.

“Saya sanggup mengeluarkan wang membeli motosikal dan barangan lain semata-mata untuk diberikan secara percuma kepada pelanggan yang berbelanja di gerai kami.

“Ini juga adalah usaha untuk menarik pengunjung datang ke gerai kami di Bazar Aidilfitri Mega Klebang kerana sambutan Aidilfitri tinggal beberapa hari lagi.

“Pengunjung yang beli apa sahaja pakaian di gerai saya layak secara automatik untuk cabutan bertuah yang dibuat pada Rabu malam ini,” ujarnya di sini malam tadi.

Mohd. Faizal yang turut mengusahakan butik pengantin berkata, dia menjual baju Melayu, kurta, baju kurung dan baju kebaya berkualiti dengan harga serendah RM129 sehingga RM320.

Katanya, bagi yang membeli baju Melayu The Soultan & Permaisuri hasil reka bentuknya itu akan menerima samping dan butang baju secara percuma. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×