Bekal by Foodpanda lonjak sektor penghantaran makanan halal

Bekal by Foodpanda lonjak sektor penghantaran makanan halal

MOHD. Na'im Mokhtar beramah mesra dengan rider bekal by foodpanda di Cyberjaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Inisiatif diambil ‘bekal by Foodpanda memperkenalkan sektor penghantaran makanan halal melonjakkan kedudukan Malaysia sebagai hub makanan halal di mata dunia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, inisiatif itu juga bakal membuka lembaran baharu dalam ekosistem penghantaran makanan halal di Malaysia.

Beliau berkata, pihaknya berharap inisiatif itu akan diikuti oleh syarikat penghantaran lain di negara ini.

“Saya ucap tahniah kepada Foodpanda di atas inisiatif mewujudkan cabang penghantaran makanan berstatus halal,” katanya ketika berucap melancarkan Bekal by Foodpanda di sini, hari ini.

Bekal by Foodpanda adalah satu-satunya platform penghantaran di Malaysia yang mendapat pengiktirafan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Lebih menarik, Bekal by Foodpanda mematuhi setiap proses halal bermula daripada pesanan dibuat hingga pesanan dihantar ke rumah selain menjaga integriti dan kesucian halal sesuatu produk.

Ia juga dilengkapi dengan beg penghantaran khas bagi produk halal dan penghantar juga diberikan latihan khusus mengenai kesedaran halal dan sertu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Bekal by Foodpanda, Sayantan Das berkata, pihaknya melihat permintaan yang semakin meningkat dalam kalangan pelanggan untuk segmen penghantaran halal.

Beliau berkata, pelanggan kini boleh menaruh kepercayaan terhadap Bekal by Foodpanda dalam hal pematuhan piawaian kebersihan dan keselamatan makanan yang paling ketat.

“Kami akan memastikan bahawa setiap penghantaran dilakukan dengan kepatuhan penuh kepada prinsip-prinsip halal, tanpa risiko makanan itu dicemari oleh makanan yang tidak halal,” katanya.

Katanya, Bekal by Foodpanda dilancarkan di Putrajaya tahun lalu dan akan diperluaskan ke seluruh Lembah Klang pada Julai ini.

Sayantan berkata, pelanggan dalam zon penghantaran Bekal by Foodpanda boleh memesan makanan daripada vendor yang disahkan halal, yang disenaraikan di bahagian khusus ‘bekal’ di dalam aplikasi Foodpanda. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya