Bayaran Bantuan Khas Aidilfitri sebelum Jumaat ini

Bayaran Bantuan Khas Aidilfitri sebelum Jumaat ini

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan Bayaran Bantuan Khas Aidilfitri (BKKA) diawalkan pada minggu ini iaitu selewat-lewatnya pada Jumaat ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan untuk mempercepatkan bayaran BKKA seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) diputuskan bagi membolehkan rakyat membuat persiapan Aidilfitri lebih awal.

“Maka, mengambil pendekatan yang sama bagi membantu rakyat membuat persiapan menyambut Aidilfitri, kerajaan memutuskan agar BKKA diawalkan pada minggu ini iaitu selewat-lewatnya 14 April ini.

“Ini akan manfaat hampir 1 juta penerima dalam kalangan pesawah, pekebun kecil getah, nelayan dan sukarelawan beruniform meliputi Jabatan Sukarelawan Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Sukarelawan Bomba serta Sukarelawan Polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Perdana Menteri berkata, kerajaan turut memutuskan bayaran BKKA kepada penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk pegawai dan kakitangan lantikan kontrak akan dibuat bersama dengan bayaran emolumen bulan April diawalkan ke 14 April berbanding 17 April.

Katanya, bayaran BKKA untuk pesara juga diawalkan pada tarikh sama.

Menurut beliau, seperti dijanjikan, pembayaran STR Fasa 2 diawalkan mulai 5 April lalu bagi meringankan beban sara hidup rakyat menjelang Aidilfitri.

Ia melibatkan peruntukan sebanyak RM1.26 bilion yang memanfaatkan seramai 8.7 juta penerima daripada golongan B40.

“Saya turut serta turun padang hari ini bagi melihat proses penunaian STR2 di Bank Simpanan Nasional (BSN) Cawangan Meru Raya.

“Alhamdulillah, proses dimudahkan dengan pembayaran dikreditkan terus ke akaun bank penerima. Manakala penerima yang tiada akaun boleh membuat penunaian di semua cawangan BSN,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN