Basikal lajak: Sam Ke Ting dilepas dan dibebas

Basikal lajak: Sam Ke Ting dilepas dan dibebas oleh Mahkamah Rayuan

sam ke ting
MAHKAMAH membebas dan melepaskan Sam Ke Ting berhubung kejadian basikal lajak, enam tahun lalu. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan sebentar tadi mengetepikan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 yang dikenakan terhadap seorang kerani, Sam Ke Ting berhubung kejadian basikal lajak, enam tahun lalu.

Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail yang bersidang bersama-sama Datuk Hashim Hamzah dan Datuk Azman Abdullah memutuskan demikian selepas mendapati pertuduhan yang dikenakan terhadap wanita itu cacat.

“Pertuduhan yang dikenakan adalah tidak betul, cacat jadi sabitan juga tidak betul. Atas alasan ini sahaja, maka rayuan adalah dibenarkan. Awak kini adalah orang yang bebas,” kata Hakim Hadhariah ketika membaca penghakiman sebulat suara itu.

Ke Ting merayu terhadap sabitan dan hukuman penjara enam tahun serta denda RM6,000 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan penunggang basikal lajak di Jalan Lingkaran Dalam pukul 3.20 pagi pada 18 Februari 2017.

Pada 28 Oktober 2018, Mahkamah Majistret Johor Bahru membebaskan perayu tanpa memerintahkannya membela diri terhadap pertuduhan itu.

Lapan remaja yang maut dalam tragedi itu ialah Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14; Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16; Fauzan Halmijan, 13; Mohamad Azhar Amir, 16; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14, dan Haizad Kasrin, 16.

Kemudian pada 2019, Hakim Mahkamah Tinggi Dr. Shahnaz Sulaiman membenarkan rayuan pihak pendakwaan dan mengembalikan semula kes itu ke Mahkamah Majistret serta mengarahkan Ke Ting membela diri bagi pertuduhan memandu secara melulu.

Majistret Siti Hajar Ali yang mendengar kes itu pada 2019, sekali lagi melepas dan membebaskan Ke Ting pada akhir kes pembelaan, menyebabkan pihak pendakwaan memfailkan rayuan kedua ke Mahkamah Tinggi.

Pada 13 April 2022, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abu Bakar Katar membenarkan rayuan pihak pendakwaan dan mensabitkan kesalahan memandu secara melulu dan menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000.

Bagaimanapun Ke Ting mendapat kebenaran daripada Mahkamah Rayuan pada 18 April 2022 untuk merayu terhadap sabitan dan hukuman penjara.

Mahkamah Rayuan juga membenarkan permohonan Ke Ting untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara dan membebaskannya dengan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin, sementara menunggu pendengaran rayuannya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya