Saya mengaku, akur saya menyebabkan kematian anak-anak anda - Sam Ke Ting

Saya mengaku, akur saya menyebabkan kematian anak-anak anda – Sam Ke Ting

MAHKAMAH Rayuan melepas dan membebaskan Sam Ke Ting berhubung sabitan dan hukuman dalam kes basikal yang menyebabkan kematian lapan remaja enam tahun lalu. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerani, Sam Ke Ting hari ini secara terbuka memohon maaf kepada lapan keluarga mangsa kejadian basikal lajak, enam tahun lalu.

Walaupun sedar permohonan maaf tersebut tidak akan dapat mengembalikan mangsa ke pangkuan keluarga namun jelasnya, kejadian itu juga akan terus menghantuinya untuk selamanya.

“Saya mengaku dan akur bahawa saya telah memandu dan menyebabkan kematian pada anak-anak anda yang disayangi. Namun demikian kemalangan tersebut bukanlah disengajakan oleh saya.

“Sepanjang 6 tahun kes ini dibicarakan di mahkamah, saya sentiasa terfikir dan merenung tentang bagaimanakah kehidupan harian dan masa depan yang arwah mungkin nikmati di sisi keluarga yang tersayang.

“Apa yang dikatakan saya di sini tidak mencukupi untuk membawa ketenteraman kepada kehidupan anda yang berkecamuk dengan pelbagai perasaan yang tidak patut dialami. Kata-kata saya tidak dapat membawa arwah kembali ke pangkuanmu namun demikian saya juga turut memikul keperitan tragedi tersebut.

“Pada setiap detik jiwa dan pemikiran saya dihantui oleh kejadian malang yang berlaku pada malam tersebut dan saya percaya saya akan membawa perasaan ini sehingga ke kubur.

“Saya dengan suci hati memohon maaf dari anda walaupun saya tahu dan faham bahawa maaf (itu amat) anda berat dihulurkan,” katanya ketika membaca kenyataan medianya.

Terdahulu, Ke Ting dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan di sini selepas panel tiga hakim mendapati pertuduhan yang dikenakan terhadap wanita itu cacat.

Dalam kejadian yang berlaku pada awal pagi, 18 Februari 2017, sekumpulan remaja yang terlibat dengan aktiviti basikal lajak dirempuh oleh kereta dipandu wanita terbabit.

Lapan remaja berusia 13 hingga 17 tahun maut di tempat kejadian manakala 10 lagi mengalami kecederaan yang mana dua daripadanya mengalami kecederaan parah. 

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (ketika itu), Asisten Komisioner, Sulaiman Salleh terdapat 20 hingga 30 orang remaja memenuhi jalan raya.

Sulaiman berkata, wanita tersebut kini disiasat dan siasatan awal mendapati wanita itu tidak mabuk semasa kejadian berlaku. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya