Bakar kedai kerana cinta ditolak isteri orang

Bakar kedai kerana cinta ditolak isteri orang

ANGGOTA bomba memadam kebakaran sebuah kedai di Jalan Besar Langkap, Teluk Intan, Perak, semalam. - IHSAN PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Berang selepas cintanya ditolak, seorang lelaki bertindak nekad menyimbah petrol dan membakar kedai tempat wanita itu bekerja di Jalan Besar Langkap, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, suspek berusia 54 tahun itu sebelum ini dikatakan sering datang ke kedai untuk memikat wanita terbabit.

Namun katanya, hasrat lelaki itu ditolak secara baik ekoran wanita itu telah berkahwin dan mempunyai tiga anak.

“Sebelum kejadian kebakaran itu, kita ada menerima laporan daripada mangsa berkaitan seorang lelaki datang ke kedai dan mengamuk sekitar pukul 2.30 petang. Menurut wanita berusia 46 tahun itu, suspek turut mengeluarkan kata-kata lucah dan mencederakannya selain mengugut membakarnya dan tempat dia bekerja,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Menurut beliau, kebakaran kedai yang juga milik adik wanita itu berlaku ketika mangsa berada di Balai Polis Langkap untuk membuat laporan.

Katanya, menurut saksi di tempat kejadian, mereka melihat suspek datang menyimbah petrol sebelum membakar kedai tersebut. 

“Tindakan pantas polis berjaya menahan suspek. Semasa tangkapan dijalankan, suspek mengalami kecederaan melecur di bahagian muka, tangan dan kaki . Ketika tangkapan dibuat, suspek juga dalam keadaan mabuk dipercayai di bawah pengaruh alkohol. Suspek dimasukkan ke Hospital Teluk Intan untuk rawatan susulan,” katanya.

Tambah beliau, suspek yang tidak bekerja itu kini ditahan reman  lima hari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 435/323 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.