Anwar nafi runding projek cari gali dengan China

Anwar nafi runding projek cari gali dengan China

ANWAR Ibrahim semasa berucap pada Majlis Nur Ramadan Wilayah Persekutuan di Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinci, Kuala Lumpur. -UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI ENGKU SHABIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal dakwaan kerajaan bertolak ansur dengan China berhubung isu pertikaian kawasan cari gali minyak di Laut China Selatan.

Perdana Menteri berkata, semasa lawatan ke China, beliau kekal menyatakan prinsip dalam menjalin hubungan baik dengan negara tersebut.

“Tak betul, saya pergi ke negara China dan di depan Presidennya (Xin Jinping). Saya nak berkawan, mereka kuasai ekonomi tetapi saya kata kita jaga prinsip kita.

“Petronas dapat cari gali besar-besaran di kawasan Laut China Selatan dan saya bagi kelulusan, arah untuk teruskan. Kebetulan China juga tutup kawasan tengah laut itu, mereka kata itu kawasannya. Saya jawab pada pimpinan China, kami terpaksa teruskan projek itu kerana kawasan tersebut adalah kawasan kami.

“Lautan di bawah bidang kuasa Malaysia, kami teruskan tetapi dia (China) kata dia tutup. Takpala, kami teruskan (cari gali). Tapi ini dipusingkan yang saya runding seolah projek tak jalan,” katanya semasa berucap di Majlis Nur Ramadan Wilayah Persekutuan di Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinci, di sini.

Terdahulu, bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa Anwar yang mengeluarkan kenyataan kerajaan akan berbincang dengan Kerajaan China berhubung projek carigali, di kawasan yang dikatakan berdepan pertindihan tuntutan antara kedua-dua negara.

Menurutnya, Anwar tidak sepatutnya berkata demikian sebagai seorang Perdana Menteri kerana dikhuatiri akan memberi implikasi seolah-olah memperakui tuntutan China terhadap kawasan yang sudah sah merupakan wilayah Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN