Anak maut dipercayai strok haba, ibu lahir rasa kecewa - Utusan Malaysia

Anak maut dipercayai strok haba, ibu lahir rasa kecewa

YAWARE Samoh menunjukkan gambar anak tunggalnya yang maut dipercayai terkena serangan strok haba di rumahnya di Kampung Kota, Kota Bharu, Kelantan. – UTUSAN/ROHANA MOHD.NAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kecewa dan kesal.

Demikian luah Yaware Samoh, 25, terhadap perkhidmatan sebuah hospital di sini yang merawat anaknya sehingga kanak-kanak itu maut selepas dipercayai terkena sera­ngan strok haba, Selasa lalu.

Dakwanya, hospital terbabit tidak memberikan rawatan secara teliti ke atas anak tunggalnya itu.

Beliau berkata, rasa kecewa dan kesal itu kerana doktor bertugas mengarahkannya untuk membawa pulang anaknya, Nur Imani Ahmad Faris yang berusia 19 bulan walaupun berada dalam keadaan terlalu lemah.

“Saya dimaklumkan salah seorang doktor bertugas yang memberitahu Nur Imani hanya mengalami kemerahan pada bahagian dalaman tengkuk.

“Sebelum itu dia (Nur Imani) mengalami batuk sejak seminggu lalu, namun saya hairan apabila doktor yang bertugas tidak menjalankan pemeriksaan rapi,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di rumahnya di Kampung Kota di sini semalam.

Jelasnya, selepas itu dia dan suami membawa pulang Nur Imani ke rumah.

Katanya, semasa berada di rumah keadaan Nur Imani semakin lemah dan kerap merengek.

“Selepas lapan jam berada di rumah, keadaan Nur Imani menjadi semakin kritikal dan menghembuskan nafas terakhir­nya pada pukul 7.20 pagi.

“Suami saya (Ahmad Faris Fazli Mohd. Nasir) membawa mayat Nur Imani ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk pengesahan,” jelasnya.

Katanya, doktor mengesahkan Nur Imani sudah meninggal dunia dan hasil bedah siasat mendapati punca kematian di­sebabkan strok haba.

“Saya cuma berharap agar pihak berkenaan dapat menjadikan perkara ini sebagai iktibar,” jelasnya.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun maut selepas terkena serangan strok haba. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya