Allahyarham Onn Ismail amat disenangi ramai - TPM  - Utusan Malaysia

Allahyarham Onn Ismail amat disenangi ramai – TPM 

Onn Ismail
AHMAD Zahid Hamidi menghadiri majlis pengebumian Allahyarham Onn Ismail di Tanah Perkuburan Islam Kampung Raja Uda, di Klang, Selangor, hari ini. - UTUSAN / MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan bekas Pengerusi Tetap UMNO, Allahyarham Tan Sri Onn Ismail seorang yang amat disenangi orang di sekelilingnya.

Menurutnya, allahyarham tidak pernah memarahi sesiapun sepanjang beliau mengenalinya lebih 50 tahun.

“Allahyarham merupakan guru saya ketika belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Ampuan Rahimah (STAR) pada tahun 1971.

“Ketika saya sambung belajar di Universiti Malaysia (UM), Onn Ismail pula menjadi guru (pensyarah) di Pusat Bahasa,” katanya selepas menghadiri majlis pengebumian jenazah Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam Kampung Raja Uda, di sini, hari ini.

Menteri Pembangunan Desa dan Wilayah itu tiba di tanah perkuburan kira-kira pukul 3.30 petang dan meluangkan masa selama setengah jam menziarahi ahli keluarga allahyarham.

Menceritakan lagi mengenai sejarahnya bersama allahyarham, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu memaklumkan beliau dan Onn menyertai Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) bersama-sama menyebabkannya mengenali rapat arwah serta ahli keluarganya.

“Apabila allahyarham dilantik Pengerusi Tetap UMNO, beliau memberikan banyak sumbangan bagi memastikan kelancaran operasi parti. Ramai bekas Pemuda UMNO yang lama mengetahui sedikit sebanyak sikap Allahyarham,” ujarnya.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan kira-kira pukul 2.15 petang di hadapan beberapa ahli keluarganya. Onn meninggalkan seorang balu, Puan Sri Halimah Abdul Hamid, 82 dan enam orang anak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya