Ada pelaksana p-hailing beri tekanan kepada penunggang

Parlimen: Ada pelaksana p-hailing beri tekanan kepada penunggang, risiko kemalangan

UNDANG-UNDANG terhadap pelaksana p-hailing harus diperketat susulan tekanan yang dikenakan kepada pemandu p-hailing untuk menghantar sesuatu barangan kepada pelanggan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Undang-undang terhadap pelaksana p-hailing harus diperketat susulan tekanan yang dikenakan kepada pemandu p-hailing untuk menghantar sesuatu barangan kepada pelanggan.

Senator Hussin Ismail berkata, tekanan tersebut menyebabkan penunggang p-hailing khususnya terbabit dalam risiko kemalangan dan membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Beliau berkata demikian ketika mencelah perbahasan Datuk Kesavadas A. Achyuthan Nair bagi Rang Undang-undang Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Pindaan) 2023.4.11

“Mereka ini sanggup berhujan berpanas untuk melengkapkan kerja mereka dan ada yang ditekan dengan pengurusan mereka sendiri. 

“Jadi saya harap kita tidak terlupa untuk menekankan supaya undang-undang dikuat kuasa juga terhadap pelaksana e-hailing,” celahnya sambil Kesavadas meminta pihak parlimen memasukkan kenyataan itu sebahagian daripada perbahasannya di Dewan Negara, hari ini.

Mengukuhkan perkara itu, Kesavadas yang juga merupakan seorang pengamal undang-undang turut berkata, setakat ini terdapat lima kes membabitkan kemalangan di Melaka, tiga di Terengganu dan lima di Seremban.

Maka sebab itu jelasnya lagi, beliau bersetuju dengan langkah kerajaan untuk mengadakan kursus untuk mereka sekaligus mampu menarik minat golongan muda menceburi sektor p-hailing sebagai kerjaya separuh masa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya