KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini membentang tiga Rang Undang-Undang (RUU) di Dewan Rakyat bagi memansuhkan kesalahan percubaan bunuh diri.
Rang undang-undang berkenaan ialah RUU Kanun Keseksaan (Pindaan) 2023, RUU Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2023 dan RUU Kesihatan Mental (Pindaan) 2023.
RUU berkenaan dibentang untuk bacaan kali pertama oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman dan bacaan kedua akan dilakukan pada sidang Dewan Rakyat akan datang.
Sementara itu, Azalina dalam kenyataan berkata, pemansuhan kesalahan percubaan bunuh diri melalui RUU berkenaan adalah usaha kerajaan untuk mencegah kes bunuh diri dan diharap.
Ini selain menggalakkan mereka yang terkesan tampil ke depan untuk mendapatkan bantuan dan menghapuskan stigma terhadap perbuatan bunuh diri. – UTUSAN










