Negara masih tanggung RM20.1 bilion hutang 1MDB

Negara masih tanggung RM20.1 bilion hutang 1MDB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan berjaya mendapatkan semula dana berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM31.3 bilion.

Bagaimanapun, negara masih berdepan tanggungan baki RM20.1 bilion sekiranya tiada lagi pemulangan dana diterima pada masa depan.

Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong berkata, sehingga 30 Jun lalu, kerajaan telah membayar RM42.5 bilion bagi melunaskan hutang dan komitmen 1MDB termasuk bayaran prinsipal, faedah, kos guaman, operasi serta komitmen lain.

Beliau berkata, Malaysia masih menanggung Sukuk Islamic Medium-Term Note (IMTN) yang dijamin kerajaan berjumlah RM8.9 bilion melibatkan bayaran prinsipal sebanyak RM5 bilion dan faedah RM3.9 bilion yang akan matang pada 2039.

“Ini bermakna secara keseluruhan, tanggungan 1MDB yang telah dan masih perlu ditanggung oleh kerajaan adalah sebanyak RM51.4 bilion.

“Setakat ini, kerajaan telah berjaya mendapatkan semula dana berkaitan 1MDB berjumlah RM31.3 bilion. Sekiranya tiada lagi pemulangan dana pada masa hadapan, kerajaan masih perlu menanggung baki sebanyak RM20.1 bilion daripada keseluruhan obligasi tersebut,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Chong Chieng Jen (PH-Stampin) berkenaan jumlah keseluruhan hutang 1MDB yang ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN