202 cawangan 99 Speedmart tawar Jualan Rahmah di Sabah

202 cawangan 99 Speedmart tawar Jualan Rahmah di Sabah

GEORGIE Abas (kiri), Foo Meng Keet dan Lim Yu Kiun (kanan) semasa tinjauan Jualan Rahmah di 99 Speedmart di Kota Kinabalu baru-baru - baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Sebanyak 202 cawangan 99 Speedmart di Sabah menawarkan Jualan Rahmah selama sebulan bermula 23 Mac hingga 22 April sempena Hari Raya Aidilfitri.

Menerusi Jualan Rahmah itu, tawaran diskaun sehingga 30 peratus akan diberikan untuk 35 jenis barang keperluan asas seperti beras, tepung, minyak masak botol, mentega dan biskut raya.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara hidup (KPDN) Sabah, Georgie Abas berkata, tawaran yang diberikan membolehkan rakyat Sabah mendapatkan barang ke­perluan asas pada harga yang jauh lebih rendah.

“KPDN terus komited untuk memastikan seluruh warga Sabah dilindungi dan tidak terbeban dengan peningkatan kos sara hidup dalam situasi mencabar dan tidak menentu pada hari ini,” katanya selepas tinjauan di premis 99

Speedmart (East Malaysia) Sdn. Bhd., baru-baru ini.

Menurut beliau, KPDN sentiasa menyokong usaha yang dilaksanakan oleh warga industri sektor peruncitan di negara ini untuk menggalakkan rakyat Malaysia berbelanja dengan memberi ganjaran tambahan atau nilai tambah kepada pengguna, khususnya menjelang musim perayaan.

Georgie berkata, KPDN Sabah menghargai inisiatif yang diambil itu kerana ia dapat membantu golongan yang memerlukan dalam meringankan bebanan kos sara hidup rakyat.

Beliau juga berharap agar lebih banyak penggiat industri di Sabah turut menawarkan Jualan Rahmah sempena musim perayaan ini. Hadir sama ialah Pengurus Besar 99 Speedmart (East Malaysia), Foo Meng Keet dan Pengurus Kanan Operasi, 99 Speedmart Cawangan Lim Yu Kiun.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN