1,494 doktor kontrak di Kelantan tidak sertai mogok

1,494 doktor kontrak di Kelantan tidak sertai mogok

DR. ZAINI HUSSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Semua 1,494 orang doktor kontrak yang bertugas di hospital dan klinik kesihatan di negeri ini bekerja seperti biasa walaupun ada pihak mengajak mereka untuk melakukan mogok.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, pada masa sama kumpulan doktor kontrak tidak mengambil sebarang cuti atau cuti kecemasan sepanjang tiga hari mogok dilancarkan bermula Isnin.

“Tidak ada doktor kontrak di negeri ini yang terlibat atau menjayakan mogok tersebut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam

Tinjauan Utusan Malaysia di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) mendapati operasi kesihatan berjalan lancar dan mengikut jadual seperti biasa tanpa sebarang masalah.

Sementara itu, seorang doktor kontrak yang enggan dikenali mendedahkan, dia memilih untuk tidak terlibat dengan mogok tersebut yang disifatkan bercanggah dengan etika kedoktoran.

Katanya, dia lebih selesa meletakkan kepentingan masyarakat dihadapan kerana ia melibatkan soal nyawa.

“Bagaimanapun saya bersetuju dan menyokong penuh segala tuntutan yang disuarakan itu.

“Saya harap kerajaan dapat melihat dan meneliti tuntutan tersebut dengan sebaik mungkin bagi memastikan kebajikan doktor kontrak terbela. Hal ini kerana kami mempunyai keluarga yang perlu ditanggung,” tegasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN