1,147 kes kemalangan direkodkan - Utusan Malaysia

1,147 kes kemalangan direkodkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seba­nyak 1,147 kes kemalangan direkodkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada hari ke­dua sam­butan perayaan Aidilfitri di seluruh negara, ke­lmarin.

Jumlah berkenaan direkodkan Jabatan Sia­satan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) pada hari ketiga pelaksanaan Op Selamat 20 bermula Khamis lalu.

JSPT dalam satu kenya­taan memaklumkan, jumlah itu membabitkan 1,720 kenderaan pelbagai jenis dengan 73.7 peratus daripada­nya adalah kereta.

Jelas kenyataan itu, kereta menjadi pe­nyumbang utama kemalangan dengan jumlah 1,268 kes.

“Turut merekodkan jumlah kemalangan ter­tinggi iaitu motosikal (209), pacuan empat roda (4WD) (102), kenderaan pelbagai guna (MPV) (85), van (36), lori (11), bas (tujuh) dan teksi (dua),” kata JSPT menerusi hantaran rasmi di Facebook semalam.

Sehubungan itu, JS­PT menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa peka ketika memandu bagi mengelak risiko kemalangan.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani melancarkan Op Selamat 20 sempena Aidilfitri bermula 20 hingga 27 April ini.

Acryl memaklumkan, operasi selama lapan hari tersebut dilaksanakan oleh JSPT dengan tema ‘Rumah Selamat, Sampai Ke Des­tinasi’.

Fokus utama operasi itu adalah memastikan kelancaran aliran trafik, meminimumkan kes kemalangan jalan raya, keterjaminan ke­selamatan harta benda dan premis kediaman serta menurunkan kadar jenayah pecah rumah semasa musim perayaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya