Zuraida umum sokong PN, cuma untuk PRN

Zuraida umum sokong PN, cuma untuk PRN

ZURAIDA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bekas Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin mengumumkan kesediaan untuk menyokong Perikatan Nasional (PN) namun hanya bersifat sementara.

Sebaliknya, bekas Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM) tersebut menjelaskan bahawa pendirian itu hanya untuk enam pilihan raya negeri (PRN) yang diadakan tidak lama lagi.

“Saya hendak mengumumkan bahawa saya akan menyokong PN (tetapi) untuk (kempen) musim PRN di enam negeri dalam masa terdekat,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini selepas hadir sebagai anggota panel sesi Dialog Sepentas Perjuangan Yang Hilang?

Zuraida, yang juga bekas Ketua Wanita Pakatan Harapan (PH), pernah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan kemudian PBM sebelum dipecat pada 27 Disember lalu.

Enam negeri iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu yang dikuasai PN serta Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan ditadbir PH bakal mengadakan PRN pada Julai depan selepas ketua-ketua kerajaan negeri bersetuju membubarkan Dewan Undangan Negeri mereka menjelang akhir Jun.

Mengulas lebih lanjut, beliau menegaskan bahawa status dirinya masih sebagai pemimpin bebas dan tidak akan sekali-kali berganjak menyokong PH selain Barisan Nasional (BN).

“Walau bagaimanapun, saya bebas untuk PN sebab gabungan parti ini tidak membentuk kerajaan kompromi,” katanya enggan merujuk pentadbiran sekarang sebagai campuran.

Ditanya penyertaan beliau dalam Muafakat Nasional dipimpin Tan Sri Annuar Musa, beliau berkata, ia sekadar platform besar dalam kalangan pertubuhan bukan kerajaan.

Sementara itu, Noh yang dipecat daripada UMNO pada 27 Januari lalu turut mengekalkan pendirian untuk aktif sebagai ‘penceramah’ politik bebas kepada mana-mana parti.

Beliau yang juga bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor dan bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang, turut mengesahkan tidak menyertai sebarang organisasi siasah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya