Zamri Misman dilantik KP JPN baharu

Zamri Misman dilantik KP JPN baharu

ZAMRI MISMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bekas Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara di Majlis Keselamatan Negara (MKN), Zamri Misman dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang baharu berkuat kuasa semalam.

Beliau menggantikan Datuk Ruslin Jusoh yang dilantik sebagai Ketua Pengarah Imigresen baharu berkuat kuasa tarikh sama.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, JPN tentunya komponen yang begitu penting di bawah Kementerian Dalam Negeri dan tidak perlu diperkenalkan lagi.

“Tugas besar untuk mendepani isu-isu kewarganegaraan pastinya menjadi cabaran yang perlu dilalui.

“Apatah lagi ini juga komitmen Kerajaan Perpaduan dalam menangani isu ini semaksima mungkin,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Terdahulu, JPN dalam kenyataan memaklumkan, Zamri, 51, berkhidmat di dalam perkhidmatan awam selama 26 tahun apabila mula dilantik sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada tahun 1997.

Beliau yang berkelulusan Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) pernah bertugas di pelbagai agensi Persekutuan termasuklah di Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dan kemudiannya bertugas sebagai Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara, di MKN

Pada masa sama JPN merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ruslin Jusoh atas segala sumbangan dan khidmat bakti beliau kepada JPN. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya