Warisan sedia kerjasama dengan UMNO PRN akan datang

Warisan sedia kerjasama dengan UMNO PRN akan datang

MOHD. Shafie Apdal (tengah) bersama barisan pimpinan Warisan di Putatan malam ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Parti Warisan (Warisan) memutuskan tidak akan bergerak solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan datang.

Presidennya, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, Warisan bersedia menjalin kerjasama dengan mana-mana parti antaranya UMNO.

“Kita ada kenalpasti beberapa (parti) antaranya UMNO untuk jadi parti yang kita lihat (untuk bekerjasama) di peringkat negeri Sabah.

“Tapi, kita belum putuskan lagi. Sebelum kita putuskan, kita kena pastikan bahawa kekuatan parti dapat diberi keutamaan.

“Kita kena menyusun atur bukan hanya susunan pimpinan parti peringkat bahagian tapi juga, tonjolkan bakal-bakal pimpinan yang bakal mewakili parti Warisan pada pilihan raya akan datang,” katanya semasa majlis pimpinan Warisan bersama akar umbi Putatan malam ini.

Beliau berkata, pimpinan yang bakal mewakili Warisan perlu ditapis secara mendalam dan beliau tidak akan mengambil pandangan orang-orang tertentu sahaja bagi mengelakkan kejadian lompat parti berlaku lagi pada masa akan datang.

Ahli Parlimen Semporna itu berkata, Warisan telah menjadi sebahagian daripada kerajaan di peringkat Pusat namun, tidak di peringkat negeri Sabah.

Mengenai kemungkinan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH), Mohd. Shafie berkata, di peringkat nasional memang Warisan sudah bersama-sama dengan PH dalam kerajaan perpaduan.

Malah, beliau adalah parti pertama yang menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri.-utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya