Warga emas terendam air banjir

Warga emas terendam air banjir

NORISAN ALI membantu menyiapkan keperluan ibunya ketika ditempatkan di PPS di IKTBN Pagoh, Muar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Seorang warga emas terpaksa menahan kesejukan apabila terendam dalam air banjir setinggi hampir semeter apabila kediamannya di Kampung Terus Panchor, di sini dimasuki air.

Menceritakan detik cemas itu, anaknya, Norisan Ali, 51, berkata, ibunya Esah Md. Yatim, 83, yang menetap bersendirian hanya duduk di bangku kediamannya sambil menantikan kedatangan ahli keluarga untuk menyelamatkannya, kelmarin.

“Sebelum masuk kerja pagi kelmarin, saya sempat telefon emak tanya keadaan rumah­nya ada banjir atau tidak, tetapi emak kata tiada apa. Jadi, saya pergi kerja seperti biasa sehinggalah pada tengah hari, adik telefon beritahu rumah emak sudah dinaiki air.

“Saya kemudian bergegas telefon suami yang baru selesai kerja syif malam minta datang ke rumah emak te­ngok keadaannya. Masa suami sampai katanya, emak hanya duduk di kerusi dalam keada­an air banjir yang mulai naik sehingga separuh tubuhnya.

“Kata emak dia tak dapat nak berbuat apa-apa, hanya duduk dan tunggu bantuan daripada anak-anak. Alhamdulillah, mujur tiada apa-apa yang berlaku pada emak,” katanya ketika ditemui di pusat pemindahan sementara (PPS) di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Pagoh, di sini semalam. Menurut Norisan, suaminya segera menyelamatkan beberapa barangan penting termasuk pe­ralatan elektrik sebelum membawa warga emas itu keluar.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya