UMNO tak perlu pandangan bekas pemimpin dipecat, digugur

UMNO tak perlu pandangan bekas pemimpin dipecat, digugur

AHMAD Maslan membungkus otak-otak semasa melawat sebuah kilang yang mengusahakan produk tersebut di Pontian Besar, Pontian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Bekas pemimpin UMNO yang dipecat atau digugurkan keahlian tidak perlu mencampuri urusan parti itu kerana sudah tiada lagi kaitan dengan mereka.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, UMNO tidak memerlukan pandangan mereka untuk menentukan hala tuju parti itu.

“Saya pun hairan, mereka masih bercakap berkaitan parti UMNO, cakaplah dengan parti sendiri kalau sudah masuk parti lain, biar UMNO urus sendiri, tanpa campur tangan mana-mana pihak,” katanya ditemui selepas melawat perusahaan membuat otak-otak di Pontian Besar, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar yang menyatakan kedudukan Presiden UMNO masih boleh digugat termasuk digulingkan sekiranya mendapat undi tidak percaya dua pertiga ahli Majlis Tertinggi (MT).

Noh dipecat sebagai ahli UMNO pada 27 Januari lalu. Selain Noh, bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim yang kini Ahli Parlimen Arau daripada Perikatan Nasional (PN) juga cuba mengemukakan usul tergempar tentang kewujudan surat yang dikatakan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) di Dewan Rakyat.

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata, lebih baik mereka memberikan tumpuan terhadap parti yang telah mereka sertai daripada mengambil tahu mengenai hal UMNO ketika ini.

Ditanya kemungkinan berlakunya rombakan Kabinet selepas Pemilihan UMNO tahun ini, beliau enggan mengulas kerana kuasa pelantikan terletak di tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Tiada dalam pengetahuan saya mengenai perkara tersebut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN