Ubat inhaler luput bukan dari JKNS - Utusan Malaysia

Ubat inhaler luput bukan dari JKNS

DR. SHA'ARI NGADIMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Ubat sedutan asma (inhaler) yang didakwa tamat tarikh luput dekat sebuah klinik di Banting bukan jenama dan pengeluar ubat sama di fasiliti kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS).

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Sha’ari Ngadiman berkata, perkara itu tular menerusi ciapan di Twitter pada Ahad lalu memaklumkan rakan pengadu membeli ubat inhaler yang tamat tarikh luput daripada klinik tersebut.

“Semakan lanjut sudah dilakukan ke atas semua fasiliti kesihatan di bawah JKNS. Ubat inhaler yang diadukan didapati bukannya daripada jenama dan pengeluar ubat inhaler yang ada di fasiliti kesihatan di bawah jabatan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, beliau menegaskan pihaknya memandang serius isu berkenaan terutama melibatkan kepentingan orang awam. 

Jelas Sha’ari, pengadu boleh terus menyalurkan maklumat itu kepada JKNS bagi tindakan susulan.

“Orang awam diseru menyalurkan aduan sekiranya menerima atau membeli ubat yang tamat tarikh luput. Mereka boleh menghubungi kami di talian 03-51237333/334/335 atau emel kepada www.jknselangor.moh.gov.my,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya