TNB sumbang enam kenderaan kepada PDRM - Utusan Malaysia

TNB sumbang enam kenderaan kepada PDRM

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima enam kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Triton disumbangkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi membantu tugasan operasi agensi itu.

Selain kenderaan itu, TNB turut menyumbang 25 buah kontena sebagai penyimpanan barang rampasan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, penyerahan kenderaan pacuan empat roda oleh TNB kepada Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman tanpa melibatkan kos atau bajet kerajaan untuk membanteras jenayah kecurian elektrik yang memberi kerugian ratusan juta ringgit kepada negara.

Kata beliau, kerjasama PDRM khususnya bahagian D4 JSJ dan TNB dalam menangani kegiatan curi elektrik telah terjalin sejak 2020 dan sepanjang tempoh itu kerugian RM278.5 juta berjaya diselamatkan sehingga Februari lalu.

“Sumbangan sedemikian akan meningkatkan kekuatan aset pasukan polis dalam membanteras jenayah kecurian utiliti secara lebih efisien selepas ini,” katanya.

Beliau berkata secara ringkas ketika ditemui dalam sambutan Peringatan Hari Polis ke-216 di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur di sini hari ini.

Dalam perkembangan berasingan, ditanya mengenai kebajikan polis dari segi perumahan dan kenaikan gaji, Saifuddin menegaskan, ia menjadi satu agenda berterusan pihak kerajaan dan bukannya isu bermusim atau fokus bersempena hari polis sahaja.

“Bila kita perhatikan bajet yang dibentangkan tempoh hari, aspek kebajikan yang berupa  keselesaan tempat tinggal telah diumumkan Perdana Menteri dengan peruntukan RM500 juta secara bersama dengan Kementerian Pertahanan untuk tujuan menaik taraf kemudahan tempat tinggal anggota polis.

“Turut diberi perhatian dalam hal lain seperti semakan semula gaji dan sebagainya. Itu usaha berterusan yang diusahakan pasukan polis.

“Misalnya, baru-baru ini JPA meluluskan soal elaun khas kepada UTK pasukan polis. Jadi usaha itu bukan usaha bermusim kajian tentangnya ialah kajian yang berterusan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya