Tingkatkan nelayan bumiputera di laut dalam

Tingkatkan nelayan bumiputera di laut dalam

MOHAMAD Sabu (tengah) merasmikan Majlis Penyerahan Rumah Nelayan di Perkampungan Nelayan, Kuala Sungai Baru Ilir, Melaka. - UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Peningkatan penglibatan nelayan bumiputera dalam aktiviti tangkapan hasil di laut dalam menjadi antara sasaran kerajaan melalui Projek Penempatan Semula Nelayan (PSN).

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, kerajaan bersetuju meningkatkan jumlah PSN bagi menyediakan prasarana asas yang lebih selesa, sekali gus dapat membantu meningkatkan produktiviti kelompok berkenaan.

Ujarnya, usaha tersebut dapat membantu negara menjamin keterjaminan makanan daripada aspek sumber perikanan.

Jelasnya, buat masa ini hampir 80 peratus daripada peraih hasil laut merupakan nelayan pantai manakala bakinya adalah usahawan atau penternak akuakultur.

“Selain kediaman PSN ini, kita juga akan meningkatkan jumlah projek infrastruktur lain berkaitan aktiviti perikanan termasuklah pembinaan jeti pendaratan, pancang bot, balai nelayan, wakaf, slip-way, stor enjin dan lain-lain kemudahan.

“Dengan pembinaan rumah PSN ini, kita harap para nelayan akan jadi lebih aktif dan kalau boleh mampu menjadi peraih di laut dalam.

“Itu harapan kita, sebab sekarang ini banyaknya nelayan pantai dan akuakultur ini salah satu perkara yang mahu diperbesarkan menjadi 60 peratus di laut dan 40 peratus akuakultur,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Penyerahan Rumah Nelayan di Perkampungan Nelayan, Kuala Sungai Baru Ilir di sini, hari ini.

Tambah Mohamad, sebanyak 1,772 buah rumah nelayan telah dibina di 13 lokasi di seluruh negara termasuk di Kedah, Pahang, Terengganu dan Perak.

“Di Melaka kita telah bina 60 unit PSN jenis rumah berkembar di atas tanah seluas 5.6 hektar yang dibeli nelayan pada harga subsidi bernilai RM45,000 sebuah berbanding harga sebenar RM70,000,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN