Tiga lelaki ditahan pukul dua pekerja restoran nasi kandar

Tiga lelaki ditahan pukul dua pekerja restoran nasi kandar

TANGKAP layar video pergaduhan di restoran nasi kandar di Cyberjaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Tiga lelaki ditahan selepas dikesan memukul dua pekerja restoran nasi kandar di Cyberjaya, di sini malam semalam yang video rakamannya tular di laman sosial hari ini.

Dalam kejadian pukul 7.30 malam itu, dua pekerja restoran itu mendakwa dipukul selepas menegur suspek kerana mengambil lauk dengan jari.

Berang akibat ditegur, dua suspek kemudian memukul pekerja berkenaan termasuk menggunakan penyepit besi makanan menyebabkan mangsa cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, mangsa mendakwa, dua suspek berada dalam keadaan mabuk ketika kejadian.

Beliau berkata, ketiga-tiga suspek berusia 50 hingga 51 tahun berjaya ditahan di dua lokasi berasingan masing-masing awal pagi dan pagi tadi.

“Siasatan awal mendapati, mangsa mendakwa lebam di leher, kepala, bahu kiri dan telinga akibat dipukul suspek.

“Pengadu yang juga pengurus restoran mendakwa berdepan kerugian apabila peralatan kedai dirosakkan termasuk pinggan selain banyak lauk tercemar dan terpaksa dibuang.

“Siasatan awal mendapati, terdapat 17 orang pekerja yang sedang bertugas ketika kejadian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, siasatan juga mendapati, dua daripada suspek masing-masing pemandu pelancong dan pemandu teksi mempunyai rekod jenayah dan dadah.

Wan Kamarul Azran berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 324, 327 dan 506 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya