Tiada salah-menyalahkan, Fasha dan Aidil profesional - Azhan Rani

Tiada salah-menyalahkan, Fasha dan Aidil profesional – Azhan Rani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Azhan Rani terharu dengan sikap profesional Fasha Sandha dan suami, Aidil Aziz dalam menangani serta menerima kecederaan yang berlaku kepada pelakon wanita itu adalah satu kemalangan yang tidak disengajakan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Azhan berkata, mereka berdua tidak pernah menyalahkan mana-mana pihak dan akur dengan apa yang berlaku selain memberi fokus kepada kesihatan Fasha yang sedang menerima rawatan.

“Alhamdulillah, Aidil tidak melatah dengan isu ini. Dia sangat terbuka dan mendengar penjelasan sebenar tentang kemalangan yang berlaku. Tiada isu salah menyalahkan antara kami.

“Cara mereka menangani insiden ini juga sangat profesional. Macam-macam spekulasi yang kita dengar daripada mereka yang tidak ada di set. Tetapi Fasha dan Aidil, mereka matang memahami situasi.

“Mereka sangat jauh dari penghakiman dan pandangan segelintir pihak di luar sana. Saya hormat dan terharu dengan sikap mereka,” ujarnya.

Terdahulu, Fasha dilaporkan mengalami kecederaan serius selepas mata dan kepalanya terhentak di bucu katil semasa menjalani penggambaran tersebut bersama pelakon, Azhan Rani.

Akibat hentakan itu, tulang mata bahagian kiri dramatis itu patah dan bebola mata kirinya berdarah serta bengkak sebelum dikejarkan ke Hospital Pakar di Johor Bahru.

Dalam pada itu, Azhan berkata, Aidil juga sentiasa mengemas kini perkembangan rawatan dan kesihatan Fasha menerusi aplikasi Whatsapp.

“Saya tak cukup layak untuk memberitahu perkembangan keadaan Fasha. Tetapi Aidil dan Fasha selalu Whatsapp, menghantar gambar dan bercerita tentang kesihatan Fasha yang semakin baik.

“Fokus kami sekarang adalah kesihatan Fasha. Harap tidak dengar apa-apa masalah berhubung kecederaan yang dialami. Saya juga meminta doa semua untuk Fasha. Terima kasih,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya