Tiada persiapan sekolah, tumpu bersih rumah - Utusan Malaysia

Tiada persiapan sekolah, tumpu bersih rumah

ROSLINDA Jaafar membersihkan rumahnya di Kampung Sri Gading, Batu Pahat selepas dibenarkan pulang setelah menghuni PPS Sekolah Agama Sri Gading selama dua minggu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Tiada persiapan khusus untuk anak-anak memulakan sesi persekolahan baharu hari ini kerana mangsa banjir lebih memberi tumpuan terhadap kerja membersihkan rumah mereka.

Seorang penduduk Kampung Sri Gading, Roslinda Jaafar, 45, berkata, keluarganya yang baru dibenarkan pulang ke rumah semalam sibuk membersihkan kediaman mereka.

Kelonggaran yang diberikan Kementerian Pendidikan bahawa anak-anak boleh menggunakan pakaian kokurikulum atau sukan sepanjang minggu pertama persekolahan juga membuatkan keluarganya tidak perlu terburu-buru untuk menyediakan kelengkapan tersebut.

“Tiada sesi pembelajaran dalam seminggu ini juga membantu semua mangsa untuk tidak tergesa-gesa membeli ke­perluan pembelajaran.

“Namun, semua ini mungkin akan dilakukan ketika menghantar anak-anak ke sekolah berdekatan di Sri Gading ini,” katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia di sini semalam.

Dua orang anaknya yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Gading juga bersedia untuk menggunakan pakaian lama walaupun terpaksa dibersihkan semula selepas te­rendam dengan air banjir hampir 14 hari.

Tindakan serupa turut dilakukan oleh Soleha Sebari, 53, yang mempunyai dua anak bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Gading dan seorang lagi di SMK Sri Gading kerana belum mempunyai kewangan yang cukup untuk membeli pakaian seragam baharu.

“Hari ini kami lebih tumpukan untuk bersihkan rumah, lepas itu baru membuat persiapan persekolahan mereka,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya