Tiada keperluan ambil tindakan Akta Hasutan ke atas Tun M - Saifuddin - Utusan Malaysia

Tiada keperluan ambil tindakan Akta Hasutan ke atas Tun M – Saifuddin

Hasutan
SAIFUDDIN Nasution Ismail berucap dalam Townhall Ikon Madani (Ikon) anjuran Yayasan Prihatin Nasional di UiTM Shah Alam, Selangor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Tiada keperluan untuk mengambil tindakan mengikut Akta Hasutan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkaitan isu perhimpunan Proklamasi Orang Melayu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau setakat ini menyerahkan perkara itu kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk penilaian lanjut.

“Saya tidak mahu sentuh wajar atau tidak (tindakan Akta Hasutan). Sekarang saya tidak nampak keperluannya.

“Paling penting, sesiapa pun boleh memberi pandangan namun jangan sehingga melampaui batas yang berkait dengan institusi diraja, sentimen kaum dan agama,” katanya ketika ditemui selepas Program Townhall Ikon Madani (Ikon) di Universiti Teknologi Mara (UiTM), semalam.

Ahad lalu, Dr. Mahathir mendakwa perhimpunan Proklamasi Orang Melayu tidak dapat dianjurkan disebabkan campur tangan kerajaan yang takut mendengar suara orang Melayu.

Namun, beliau tidak memperincikan dakwaan itu atau memberi bukti wujudnya campur tangan tersebut 

Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz semalam turut mengesa kerajaan mengambil tindakan atas Akta Hasutan terhadap Dr. Mahathir.

Tindakan tidak membenarkan perhimpunan membabitkan mana-mana kaum bukan perkara baharu sebaliknya didakwa sering dilakukan ketika era pentadbiran beliau selama 22 tahun.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, pihaknya mengikuti lanjut hasrat Dr. Mahathir untuk melakukan satu proklamasi yang memberi gambaran bahawa kuasa politik dan ekonomi orang Melayu semakin lemah.

“Saya percaya rakyat boleh melihat sendiri apakah munasabah dakwaan seperti itu ketika Tun sendiri diberi peluang selama 22 tahun dan 22 bulan sebelum ini.

“Terlalu banyak boleh dibuat untuk membela orang Melayu supaya tidak berlaku perkara yang beliau  bimbangkan. Tidak munasabah itu berlaku dalam tempoh tiga bulan ini,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya