Tentera Darat siap sedia tangani pengganas CBRNe

Tentera Darat siap sedia tangani pengganas CBRNe

MUHAMMAD Ab. Rahman menyampaikan cenderamata kepada Wayne Robson selepas Majlis Penutup Eksesais Mantis Siri 9/2023 di Padang Pavilion, Kem Terendak, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pelaksanaan Eksesais Mantis menerusi kerjasama pertahanan antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Angkatan Tentera Kanada (ATK) diharap dapat diteruskan pada masa akan datang, bagi memastikan anggota tentera dapat dilatih dalam pelbagai senario.

Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Muhammad Ab. Rahman berkata, latihan yang dimeterai sejak 2015 itu telah menjadi medium terbaik melatih dan me­nguji kompetensi anggota TDM.

Menurutnya, menerusi latihan yang dilaksanakan setiap tahun itu, beliau melihat TDM sudah bersedia menangani ancaman pengganas yang menggunakan agen kimia, biologi, radiasi, nuklear dan letupan (CBRNe).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Konsep peperangan masa kini tidak hanya melibatkan pe­perangan konvensional, ma­lah pengganas CBRNe sebagai senjata yang semakin luas digunakan merupakan ancaman perlu dihadapi negara.

“Persediaan TDM semakin ku­kuh menerusi Eksesais Mantis ini kerana ancaman bahaya ini sebenarnya memerlukan latihan yang khusus dan penggunaan peralatan berteknologi tinggi.

“Saya berharap eksesais bila­teral ini digunakan sepenuhnya oleh anggota tentera kita de­ngan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam menangani ancaman melibatkan penggunaan CBRNe,” katanya semasa berucap pada Majlis Penutup Eksesais Mantis Siri 9/2023 di Padang Pavilion, Kem Terendak, di sini semalam.

Hadir sama Pesuruhjaya Ting­gi Kanada di Malaysia, Way­ne Robson mewakili ATK.

Eksesais Mantis Siri 9/2023 bermula 11 Januari lalu melibatkan 11 pegawai dan 117 anggota tentera dari kedua-dua negara dan turut melibatkan penyertaan Canadian Special Operation Force Command (CANSOFCOM)

Tambah Muhammad, latihan berterusan dapat meningkatkan pembangunan keupayaan dan standard kesiapsiagaan yang tepat untuk menjayakan misi pengoperasian membanteras insiden pencemaran agen CBRNe.

Dalam pada itu, Robson da­lam ucapannya berkata, ATK akan mengadakan perbinca­ngan untuk membawa pembaha­ruan dalam susunan latihan teknikal Eksesais Mantis.

“Ini akan menjadi perbinca­ngan yang sukar kerana kami ingin menilai cara terbaik untuk membantu TDM dalam membangunkan CBRNe dengan lebih meluas,” katanya.

Bagi tujuan tersebut, jelas­nya, Kolonel Geoff yang terlibat sepanjang latihan kali ini telah ditugaskan untuk melakukan perkara itu.

Tambahnya lagi, seramai 12 anggota TDM dari Skuadron 12 CBRNe bakal menjalani latihan di Suffield, Alberta, Kanada pa­da Mei depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini