MELAKA: Pelaksanaan Eksesais Mantis menerusi kerjasama pertahanan antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Angkatan Tentera Kanada (ATK) diharap dapat diteruskan pada masa akan datang, bagi memastikan anggota tentera dapat dilatih dalam pelbagai senario. Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Muhammad Ab. Rahman berkata, latihan yang dimeterai sejak 2015 itu telah menjadi medium terbaik melatih dan menguji kompetensi anggota TDM. Menurutnya, menerusi latihan yang dilaksanakan setiap tahun itu, beliau…