Tajuddin dihalang hadiri pemilihan UMNO Pasir Salak - Utusan Malaysia

Tajuddin dihalang hadiri pemilihan UMNO Pasir Salak

TAJUDDIN Abdul Rahman (dua dari kiri) dihalang oleh petugas keselamatan daripada memasuki pekarangan Dewan Besar Bandar Baru Felcra Seberang Perak, Pasir Salak hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR SALAK: Kehadiran bekas Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman pada pemilihan UMNO bahagian itu hari ini mengundang sedikit kekecohan.

Difahamkan, kekecohan berpunca selepas bekas Ahli Parlimen Pasir Salak itu tidak dibenarkan masuk ke Dewan Besar Bandar Baru Felcra Seberang Perak.

Tajuddin yang hadir sekitar pukul 9.50 pagi itu dikatakan dihalang di pintu pagar utama oleh petugas keselamatan atas faktor keahliannya sebagai ahli UMNO telah digantung.

Beliau kemudiannya akur dan memilih untuk menunggu di dalam kereta di luar kawasan dewan seperti dimaklumkan petugas.

Pada pemilihan Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak hari ini, anak sulung Tajuddin, Dr Faizal bertanding menentang bekas pemangku Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Khairul Azwan Harun.

Sebelum ini, anak perempuan Tajuddin, Datin Sri Rahayu dipilih sebagai Ketua Wanita UMNO Bahagian Pasir Salak yang baharu selepas menewaskan penyandangnya, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin.

Menerusi laporan media Oktober tahun lalu, Tajuddin yang merupakan bekas Ahli Parlimen Pasir Salak sepanjang tiga penggal sejak 2008, digantung keahlian selama dua penggal atau enam tahun.

Tajuddin bagaimanapun mengemukakan rayuan namun rayuannya daripada digantung keahlian dalam UMNO ditolak.

Pada Jun lalu, Tajuddin dipecat daripada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO kerana sikap pemimpin itu yang didapati mengkritik parti menerusi kenyataan, ucapan dan ceramah dalam mesyuarat tertutup yang dihadirinya.

Pada Julai lalu, Tajuddin digugurkan sebagai duta besar Malaysia ke Indonesia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya