Syamsul mengaku tak pernah abaikan isteri

Syamsul mengaku tak pernah abaikan isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengarah sensasi, Syamsul Yusof menafikan dakwaan mengabaikan isteri pertamanya sepanjang empat tahun berdepan konflik rumah tangga.

Katanya, sepanjang tempoh tersebut dia sentiasa memastikan pemberian nafkah mencukupi sama ada tempat tinggal atau keperluan makan dan minum Puteri Sarah.

“Ada yang cakap saya mengabaikan dia selama empat tahun, semua itu tak betul. Bila saya abaikan dia?

“Adakah satu pengabaian kepada isteri kalau nafkah saya masih bagi, sediakan tempat tinggal dan jaga makan serta minumnya. Bukannya saya halau dia keluar rumah, tetapi dia yang keluar rumah,” katanya selepas proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) membabitkan pasangan itu di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), semalam.

Rundingan tersebut bagaimanapun gagal mencari jalan penyelesaian apabila Puteri Sarah nekad dengan keputusan untuk bercerai.

Dalam masa sama, Syamsul juga meminta orang ramai tidak menuding jari terhadapnya berhubung kemelut rumah tangganya dengan Puteri Sarah.

“Orang tanya kenapa saya tak nak ceraikan dia empat tahun lalu? Jawapan saya mudah saja kerana saya tidak mengabaikannya.

“Anda pun boleh tanya soalan sama kepada dia, kenapa tak minta cerai empat tahun dulu? Kenapa selepas saya berkahwin dan berpoligami baru nak bercerai? Sebab masing-masing ada simpan perasaan sayang lagi,” katanya.

Sebelum ini, Puteri Sarah selaku plaintif memfailkan permohonan penceraian di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, 16 Januari lalu.

Puteri Sarah dilaporkan nekad memfailkan tuntutan cerai selepas krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu tidak menemui jalan terbaik, selain enggan bermadu selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah dengan Ira Kazar sebagai isteri kedua, awal tahun ini.

Dalam masa sama, Syamsul turut memfailkan permohonan nusyuz terhadap Puteri Sarah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 21 Mac lalu.

Antara alasan yang dikemukakan Syamsul atas tuntutan nusyuz itu adalah mendakwa isterinya itu masih menghubungi bekas kekasihnya, meninggalkan rumah kelamin sejak Oktober 2020, enggan mematuhi notis nusyuz dan memfitnahnya memukul serta tidak memberi nafkah. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya