Strategi pengangkutan awam bakal dibentang - PM

Strategi pengangkutan awam bakal dibentang – PM

ANWAR Ibrahim melakukan lawatan ke Stesen Putrajaya Sentral selepas merasmikan pelancaran MRT Laluan Putrajaya di Putrajaya, hari ini. - FOTO/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Satu kerangka strategi pengangkutan awam bakal dibentangkan untuk menambah baik kemudahan itu demi kebaikan rakyat. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kementerian Pengangkutan sedang menyiapkan satu kerangka strategik pengangkutan awam yang menyeluruh yang akan dibentangkan Jemaah Menteri yang boleh dilaksanakan mengikut peringkat.

“Antara strategik kita adalah untuk meringankan beban rakyat secara umum supaya pengangkutan awam itu dapat ditangani dengan bijaksana,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Pelancaran Pembukaan Laluan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya di Depot MRT Serdang dekat sini hari ini.

Tambah Perdana Menteri, kerajaan akan memberikan tumpuan bidang lain pada tahun depan termasuk pengangkutan awam bagi menangani kesesakan jalan raya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.