Sophia Albarakbah sudi berlakon dengan suami orang lagi

Sophia Albarakbah sudi berlakon dengan suami orang lagi

SOPHIA ALBARAKBAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TENANG tatkala diajukan soalan bertubi-tubi, pelakon, Sophia Albarakbah bagaimanapun tidak mahu terus menerus berbicara tentang kontroversi ‘penyondol’ yang pernah dikaitkan dengan dirinya.

Bagi pelakon itu, kisah lama tidak perlu diulang cerita. Biarlah apa yang berlaku kekal menjadi rahsia antara mereka yang terlibat, suapaya tidak ada spekulasi lain timbul.

Ditanya adakah kontroversi tersebut memberi impak besar terhadap karier seninya, Sophia menggelengkan kepala. Menurutnya, rezeki itu ketentuan Tuhan. Tiada siapa mampu meramal dan melawan-Nya.

“Saya rasa, baik pihak sana dan saya sendiri sudah move on. Tak perlu buka cerita lama. Apa yang jadi, biarlah kami yang terlibat sahaja yang tahu. kebenaran sebenar.

“Bagi saya, dari segi karier, rezeki itu Allah yang tentukan. Kalau ada bahagian untuk saya, maka adalah. Saya percaya itu semua takdir yang telah tertulis. Tak perlu orang lain tahu pun,” katanya.

Berdepan dengan kecaman dan kritikan bertubi-tubi, timbul satu persoalan, bagaimana pelakon Suamiku Lelaki Pendosa itu menelan segala hinaan, cacian dan makian saban hari?

Tidakkah itu sedikit sebanyak memakan jiwa dan emosinya? Atau dia sudah mengajar diri untuk menjadi setegar karang? Melangkah terus tanpa menghiraukan apa sahaj tohmahan warganet?

“Saya tak boleh tutup mulut semua. Mereka bercakap tanpa tahu apa yang sebenarnya terjadi. Mereka hanya memberi pendapat tidak kira negatif atau positif berdasarkan apa mereka baca.

“Jujurnya, secara mental dan dalaman memang sakit. Emosi terganggu dan ketika itu saya perlu menghabiskan penggambaran. Tetapi saya perlu kuat, kasihan pelakon, pengarah dan kru terlibat.

“Alhamdulillan, kru produksi dan orang terdekat khususnya keluarga memang banyak memberi sokongan. Kami bekerja keras untuk drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah ini,” ujarnya.

Sophia sebelum ini berdepan kontroversi apabila didakwa kononnya dia menjadi penyebab masalah rumah tangga pasangan selebriti, Aliff Aziz dan Bella Astillah.

BUKAN STATUS JADI MASALAH

Dalam pada itu, ditanya adakah dia trauma atau mula enggan berlakon bersama suami orang, gadis berusia 29 tahun ini menjawab tidak. Baginya, bukan status seseorang menjadi isu.

“Takkan sebab pelakon itu suami orang, saya tidak mahu bergandingan dengan dia. Bagi saya ini bukan sebab dia suami orang, tetapi individu itu sendiri. Saya terbuka untuk berlakon dengan sesiapa sahaja.

“Malah, sewaktu kontroversi ini berlaku, saya dan Aliff tetap profesional menghabiskan penggambaran. Ini adalah satu tanggungjawab dan komitmen kami. Saya tak mahu mengecewakan sesiapa.

“Sebagai anak seni, saya tak boleh lari dari semua ini. Buat atau tidak, tetap jadi satu isu. Saya perlu bersedia,” kongsinya.

Tambah Sophia, status hubungannya dengan Bella juga biarlah menjadi rahsia antara mereka berdua. Dia tidak perlu mengesahkan atau menidakkan sesuatu yang boleh mengundang spekulasi lain.

“Industri kita tak besar mana, pusing-pusing akan bertemu juga. Tak perlu pun  bagitahu saya ada hubungi dia atau tidak. Apa yang berlaku, cukup kami berdua sahaja yang tahu.

“Jika Aliff tidak mahu berlakon dengan saya lagi, itu keputusan dia. Saya perlu hormat keputusan tuan badan. Bukan saya yang mengeluarkan kenyataan itu,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya