Nasihat Nabila Huda tidak ditujukan pada Sophia Albarakbah

Nasihat Nabila Huda tidak ditujukan pada Sophia Albarakbah

Sophia Albarakbah
Nabila Huda berkata tidak bermaksud menyinggung perasaan Sophia Albarakbah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Nabila Huda, menegaskan nasihatnya agar pelakon muda tidak terjebak dengan hubungan terlarang ketika penggambaran adalah teguran umum dan tidak bermaksud menyinggung perasaan aktres, Sophia Albarakbah.

Ujar Nabila atau nama penuhnya, Nabila Huda Suhaimi, 39, teguran itu dibuat kerana dia enggan industri hiburan dipandang buruk masyarakat.

“Saya tidak pernah ada isu dengan Sophia. Cuma kebetulan ketika itu isu berkenaan hangat dibincangkan. Sebagai pelakon senior, saya tegur kerana tidak mahu orang pandang buruk kepada industri kita.

“Kasihan pada mereka yang sejak muda berusaha keras untuk menjadi pelakon. Bila terjadi benda begini, senang-senang orang burukkan kita.

“Saya tidak berniat jahat, memberi nasihat secara profesional. Cuma harapnya teguran saya diterima. Orang kenal perangai saya yang tegas tapi tidak bermakna saya bermusuh dengan sesiapa,” katanya yang ditemui ketika majlis tayangan perdana dan sidang media filem Budak Flat, semalam.

Pelakon Pembantu Wanita Drama TV, Anugerah Seri Angkasa 2022 itu juga terbuka jika bergandingan dengan Sophia dalam mana-mana naskhah.

“Kalau berlakon sekali, saya tidak kisah sebab kami tiada apa-apa masalah. Kami juga membintangi drama Lelaki Itu cuma tidak dipertemukan dalam satu babak. Jadi tidak bertembung.

“Kalau ada babak sekali pun tiada masalah, kerana teguran saya secara umum. Kalau nak jujur sebagai pelakon, jujurlah. Kalau nak pilih jalan itu (sondol lelaki orang) terpulanglah. Itu bukan urusan saya,” katanya.

Sebelum ini, Nabila mencuri tumpuan kerana menyelar pelakon wanita yang jatuh cinta dengan suami orang di set penggambaran. Menurutnya, perbuatan itu merosakkan karier seorang pelakon dan imej industri hiburan negara.

Rata-rata netizen mengaitkan komen tersebut dengan Sophia yang sebelum ini didedahkan Bella Astillah sebagai pelakon yang menaruh hati kepada suaminya, Aliff Aziz.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya