Dia ibarat permata, tidak dipulaukan di set penggambaran, kata Siti Khadijah Halim mengenai Sophia Albarakbah

Dia ibarat permata, tidak dipulaukan di set penggambaran, kata Siti Khadijah Halim mengenai Sophia Albarakbah

Sophia Albarakbah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Saya sendiri pernah dipulaukan, jadi untuk lakukan perkara itu kepada orang lain, tidak sama sekali. Lagipun, Sophia seorang kawan yang sangat baik. Saya gembira kenal dia.”

Demikian jawapan pelakon, Siti Khadijah Halim ketika ditanya berhubung dakwaan kononnya aktres sensasi, Sophia Albarakbah dipulaukan di set penggambaran lantaran dihimpit pelbagai kontroversi dan tohmahan.

Kongsi Siti Khadijah, sebagai teman di set penggambaran, Sophia banyak membantu dan mengajar dia untuk menjadi wanita yang lebih sopan serta lemah lembut kerana begitulah sifat pelakon itu.

“Dia ibarat permata di set penggambaran. Saya sendiri seronok berkawan dengan dia. Dia selalu teman saya. Dia baik tau. Dia banyak memberi inspirasi dan kami berkongsi ilmu antara satu sama lain.

“Bukan hak atau tempat saya untuk komen isu dia dipulaukan. Saya tak suka perasaan dipulaukan itu sebab pernah merasainya. Mungkin dia ada perasaan takut, tetapi tidak dengan kami semua.

“Alhamdulillah, sepanjang penggambaran bersama dia, semuanya dipermudah. Tiada apa-apa yang negatif berlaku. Kami semua positif,” ujarnya yang berlakon bersama Sophia dalam drama From Saga With Love baru-baru ini.

Siti Khadijah ditemui ketika pelancaran produk baharu set penjagaan wajah jenama tempatan, Tatagaltier di sini semalam.

Berkongsi pengalaman dipulaukan, pelakon Sekali Lagi Cinta itu mengakui penglaman tersebut akan dilalui oleh pendatang baharu yang mungkin belum serasi dan berkenalan dengan mereka di set penggambaran.

“Mungkin saya pernh buat dekat orang tanpa sedar, jadi itu adalah kitaran hidup. Saya anggap itu seperti norma sebagai pendatang baharu.

“Nak jadi peramah sangat pun tak boleh, nak terlalu pendiam pun tak boleh. Jadi saya go with the flow sahaja. Alhamdulillah, sekarang semua okay,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya