Solat Jumaat pertama bulan Ramadan

Solat Jumaat pertama bulan Ramadan

MASYARAKAT Islam menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur, semalam. -UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MASJID tertua di ibu negara, Masjid Jamek Sultan Abdul Samad antara menjadi tumpuan masyarakat Islam menunaikan solat Jumaat pertama pada bulan Ramadan, semalam.
Cuaca panas tidak menghalang mereka menunaikan ibadah itu sehingga melimpah ke pekarangan masjid.

Masjid itu asalnya dibina pada 1909 oleh pedagang Islam dari India di persimpangan Sungai Klang dan Sungai Gombak, pada zaman penjajahan British.

Antara masjid tertua di Kuala Lumpur, pembinaannya bercirikan seni bina Monghul dan berdasarkan reka bentuk sebuah masjid di India Utara.

Ia adalah masjid utama untuk solat Jumaat dan pusat kegiatan Islam sehingga pembinaan Masjid Negara pada tahun 1967. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya