SJKT PJS1 sekolah Tamil ke-100 di Selangor  - Utusan Malaysia

SJKT PJS1 sekolah Tamil ke-100 di Selangor 

LIM Hui Ying beramah mesra dan meninjau fasiliti semasa pelajar sekolah memulakan sesi persekolahan bagi penggal 2023 yang bermula pada hari ini ketika tinjauan di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil PJS 1, Petaling Jaya. - UTUSAN/AMIR KHALID

PETALING JAYA: Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) PJS1 merupakan sekolah Tamil ke-100 di Selangor.

Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying berkata, sekolah itu baharu dibuka untuk sesi persekolahan ini dan diharap lebih ramai akan mendaftarkan anak-anak mereka.

“Hari ini terdapat 20 pelajar yang mendaftarkan diri secara keseluruhan dan terdapat juga pelajar pra sekolah dalam lima orang.

“Berharap dalam minggu ini akan ada penambahan murid. Pendaftaran untuk tahun satu masih berlangsung.

“Kami masih membuka pendaftaran untuk ibu bapa menghantar anak mereka yang duduk di sekeliling kawasan ini,” katanya ketika lawatan hari pertama sesi pembukaan SJKT PJS1, di sini hari ini.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua pelajar dan berharap mereka akan terus berusaha untuk mengharumkan nama sekolah. – UTUSAN

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN