Siti Nurhaliza bina sekolah di Gaza - Utusan Malaysia

Siti Nurhaliza bina sekolah di Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyimpan hasrat untuk melawat ke sekolah kanak-kanak Afwa Al-Afiyah di Gaza, Palestin yang dibangunkannya menerusi Yayasan Nurjiwa.

Kongsi Siti Nurhaliza, dia teringin melawat sekolah yang ditubuhkan sejak Oktober 2021 lalu tetapi terpaksa menangguhkan hasrat tersebut disebabkan kawasan Gaza masih bergolak dan berisiko tinggi.

“Alhamdulillah, buat masa ini sekolah kanak-kanak Afwa Al-Afiyah mempunyai lebih 50 orang pelajar. Kami sediakan segala keperluan pembelajaran peringkat awal untuk mereka dalam bidang al-Quran dan akademik.

“Kami juga menyediakan serta memastikan infrastruktur pendidikan dan pembelajaran dalam keadaan yang baik dan mencukupi.

“Ramai kanak-kanak di Gaza mempunyai impian ingin menimba ilmu di sekolah. Cuma, situasi keselamatan mereka masih berhadapan peperangan,” katanya.

Penyanyi Bukan Cinta Biasa itu berkata demikian selepas mengumumkan Konsert Satu Suara Vol 3 yang berlangsung pada 13 Mei ini di Mega Star Arena, Sungei Wang Plaza, jam 8.30 malam.

Turut sama menjayakan konsert itu ialah penyanyi Jay Jay dan Ernie Zakri yang bakal menjanjikan persembahan hebat membabitkan penghibur dari tiga generasi iaitu era 1970-an, 1990-an dan 2000-an.

Dalam pada itu, Siti Nurhaliza menambah, dia sentiasa mengikuti perkembangan pelajar dan guru di sekolah itu, termasuk segala keperluan dan kelengkapan diperlukan.

“Yayasan Nurjiwa ada wakil khas di Gaza yang diberi kepercayaan untuk menguruskan sekolah, guru, pelajar, termasuk kemudahan makanan dan minuman disediakan pada waktu persekolahan.

“Kami memang berhasrat mahu memberi peluang kepada kanak-kanak Palestin ini mendapat pendidikan awal dalam bangunan sekolah lebih selesa yang disediakan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya