Semua data pembayar cukai selamat

Semua data pembayar cukai selamat

PKPS 2.0 ini memberi peluang kepada pembayar cukai tampil secara sukarela untuk melaporkan pendapatan dan pengiraan cukai yang tepat dan teratur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Semua maklumat kerahsiaan data pembayar cukai di platform MyTax adalah selamat dan terjamin kerana dilindungi oleh teknologi keselamatan data yang diiktiraf.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memaklumkan, pihaknya menerima dakwaan iaitu segala maklumat peribadi pembayar cukai boleh dicapai dengan mudah melalui platform MyTax.

“Sehubungan itu, LHDN ingin menegaskan bahawa kerahsiaan data pembayar cukai di platform MyTax adalah selamat dan terjamin kerana ia diindungi oleh teknologi keselamatan data yang diiktiraf.

“Kita memandang serius berkenaan isu ini dan meletakkannya sebagai keutamaan yang tertinggi dalam usaha meningkatkan keyakinan serta kepercayaan pembayar cukai terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh LHDN dalam urusan pentadbiran percukaian. 

“Oleh yang demikian, LHDN akan terus berusaha menambah baik mutu perkhidmatan dan bertindak secara proaktif dan telus bagi menangani isu ini,” katanya dalam kenyataan.

Kenyataan LHDN merujuk berhubung dengan dakwaan isu kebocoran data pembayar cukai yang sedang tular dalam platform media sosial hari ini.

Terdahulu, pembayar cukai mengeluh untuk melayari laman e-Filing untuk membuat pengisian dan menghantar borang cukai pendapatan sejak platform itu dibuka bermula 1 Mac kerana dipercayai berlaku kesesakan trafik internet. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN