Selangor juara Ragbi Maksak, tumpaskan PDRM - Utusan Malaysia

Selangor juara Ragbi Maksak, tumpaskan PDRM

PEMAIN Selangor merai kejayaan muncul juara Kejohanan Ragbi Maksak 10 Sebelah 2023 selepas menundukkan PDRM 19-0 di Stadium Ragbi Perak di Ipoh hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Selangor merangkul kejuaran Kejohanan Ragbi Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (Maksak) Malaysia 10 Sebelah 2023 selepas menundukkan PDRM 19-0 pada aksi akhir di Stadium Ragbi Perak di sini hari ini.

Dengan kejayaan itu, Selangor menebus kehampaan tumpas kepada ATM tahun lalu.

Selangor yang berhempas pulas sebelum melepasi Sarawak 5-0 di separuh akhir pada sebelah pagi, nyata pasukan berbeza pada aksi petang tadi.

Naib juara tahun lalu itu mendahului 7-0 selepas sembilan minit perlawanan berlangsung melalui try Muhamad Nazreen Fitri Nasruddin dan conversion Muhammad Faridzal Ismail.

PDRM cuba bangkit memberi tentangan tetapi ternyata tidak berupaya menandingi pengalaman serta lawan yang membariskan seorang pemain kebangsaan serta empat bekas pemain kebangsaan.

Hakikat itu menyaksikan Selangor menambah 12 mata dari dua try dan satu conversion oleh Muhammad Farid Mohd Fauzi dan Faridzal .

Selain Piala pusingan, Selangor turut meraih wang tunai RM1,200 sebagai juara manakala PDRM terpaksa berpuas hati dengan wang tunai RM1,000.

Sarawak dan Kedah dinobatkan selaku pemenang tempat ketiga bersama.

Sementara itu, Melaka muncul juara kategori Shield selepas menundukkan Pulau Pinang 17-5.

Johor memenangi juara Bowl selepas mengatasi Pahang 48 – 0 manakala ATM muncul juara kategori Plate selepas kejayaan 22-0 ke atas Sabah. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya