Kedah, Selangor, Sarawak dan PDRM bermula langkah kanan - Utusan Malaysia

Kedah, Selangor, Sarawak dan PDRM bermula langkah kanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Naib juara, Selangor, Sarawak, Kedah dan PDRM adalah pasukan awal layak ke suku akhir Kejohanan Ragbi Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Malaysia 10 Sebelah 2023 di Stadium Ragbi Perak, Ipoh hari ini.

Keempat-empat pasukan mencatat dua kemenangan untuk mengungguli kumpulan masing-masing

Selangor menduduki kedudukan teratas Kumpulan B selepas kejayaan 36-0 ke atas Penjara dan 61-0 ke atas Kelantan sementara Kedah cemerlang dalam Kumpulan A termasuk mengenepikan juara bertahan, ATM 14-10.

Skuad Helang Merah terdahulu membaham Pulau Pinang 31-0 pada sebelah pagi.

PDRM merakam dua kemenangan iaitu Sabah (17-0) dan Johor (19-0) untuk berada di atas Kumpulan C.

Sarawak juga cemerlang dalam Kumpulan D apabila mengenepikan Labuan 36-0 dan Kuala Lumpur 17-7.

Dalam perlawanan yang diadakan petang tadi, ATM dikejutkan Kedah 10-14 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan A.

Begitupun, ATM tetap layak ke suku akhir berikutan kejayaan 45-0 ke atas Melaka pada sebelah pagi manakala Selangor membenam Penjara 36-0 dalam Kumpulan B.

Melaka turut mencapai kejayaan dalam Kumpulan A dengan mengatasi Pulau Pinang 19-14. Negeri Sembilan juga bermula dengan langkah kanan apabila membelasah Kelantan 24-0 dalam Kumpulan B.

Sementara, PDRM dan Johor cemerlang dalam kumpulan C. PDRM mengatasi Sabah 17-0 manakala Johor menjinakkan Perlis 35-0.

Sarawak merakam dua kemenangan dalam Kumpulan D sementara pasukan Bumi Kenyalang membaham Labuan 36-0 dan Kuala Lumpur 17-7 untuk mencerahkan peluang muncul juara Kumpulan D yang mempunyai lima pasukan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya